Thursday 9 June 2016

9 Jun-Ramadhan Day 4

Hari ke-4 ya ramadhan..Semoga cahaya terus melimpah dan menyinari alam serta umatNya. Masih menghitung hari. Bulan ini penuh kemuliaan, kerahmatan, keceriaan, ketakwaan dan keimanan. Menuntut kesabaran dan ketabahan dalam menjalani ibadah, ujian, cabaran dan dugaan, godaan dan kenakalan dunia. Semoga emak dan bapak sihat dan panjang umur.


 


Hari ini ada ilham yang datang mengetuk pintu akal yang semakin terlena dibuai kemalasan. Semoga ilham Perempuan Tua di Bangunan Satok memberikan satu titik kemanisan. Usai kubaca, rupanya bukan sekadar untuk remaja tapi mensejagat sifatnya, bukan sekadar luahan biasa...ada nilai karyanya. Terima kasih ilham yang datang mengetuk pintu akalku hari ini. Sesungguhnya, kepada Allah ku bersyukur. Terima kasih kerana meminjamkan aku iaitu apa yang aku ada ...apa yang aku dapat...apa yang aku mampu.

No comments:

Post a Comment