Thursday 23 June 2016

23 Jun-Ramadhan Day 18

Hari ni dah 18 hari berpuasa...tanpa disedari cepatnya masa berputar dan beredar. Tinggal 12 hari saja lagi....aduuhh. Syukur atas kurniaan Allah kerana masih bernafas dan memberikan rezeki. Syukur alhamdulillah. Semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan aman, damai, lancar dan sihat. Ya Allah...yang maha pengasih maha penyayang...panjangkan usia ibu dna bapakku, sihatkanlah mereka. Hanya Engkau yang maha mengetahui segala-galanya. Tingkatkan kebijaksanaanku ya Allah...berilah ketenangan jiwa dan keberanian. Hari ini, aku semakin menginsafi hidup ini, betapa beruntungnya aku kerana memiliki keluarga. Hari ini aku melihat kawanku A, terlantar di wad hospital. Kasihan..anak yatim..mualaf lagi. Besarnya dugaan. Wahai kawan..teruskan berdoa dan sholat..memohon kepada Allah. Wahai kawan...tabahlah, redhalah dengan apa yang berlaku...pasti ada hikmahnyaa.. orang yang kuat dan tabah akan diuji A llah...Allah sayang. Hari ini dalam perjalanan balik, aku melihat seorang lelaki yang tayar keretanya pancit...dia bertungkus lumus menukar tayar. Syukur anda punya kudrat walau peluhnya menyapu muka..macam2 dugaan..sabar dan tabah..aku masih menunggu..bilakah penghujungnya? Hari ini aku ke library setelah 2 minggu bertapa. Kawan bertanya " dapat wahyukah?" aku menjawab " tidak mendapat apa2, sebab tu muncul hari ini."




indahnya ciptaan Allah....walau apa sekalipun ada hikmahnya



Tudung Mira Filzah...hasil pancingan d Bangi

No comments:

Post a Comment