Thursday 10 September 2015

Terima kasih Allah Maha Agung

Ku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana kegelisahan, kerisauan dan ketidaktenangan jiwa yang melanda sebelum ini, telah terlunas. Terima kasih Allah kerana memahami dan menghargai doaku...insan yang lemah serba daif ini. Terima kasih sahabat-sahabatku, adikku yang memahami rentetan perjalanan sketsa ini.Sahabat2ku yang baik hati dan super (istilah Pak Mario Teguh) semoga kita berjaya dunia dan akhirat. Kak Tie walau dipisah laut China Selatan, kata2mu menusuk dan membangkitkan lenaku yang panjang, menguatkan urat-uratku yang hampir rapuh, meneguhkan tekadku yang yang kian terburai....terima kasih Allah
ada kenangan indah di sini

menyaksikan senja melabuhkan tirainyaa kerana dicemburui malam

nampak tenang tapi ada gelora

kapal yang pergi meninggalkan aku di pelabuhan sepi

hukum putaran alam sudah tiba

laut yang mengerikan

strawberry yang ku suka

bunga pujaanku

Ku mengagumi ciptaan-Mu ya Allah


walaupun melata di hutan tapi tetap mempersona jiwa

indahnya pelbagai warna alam

tembok yang bisu menjadi teruja lantaran sang hijau merinduinya

dari jendela ku mataku menancap kehijauan alam

No comments:

Post a Comment