Friday 18 September 2015

Kontradik emosi

aku terpanggil untuk menulis kontradik emosi. kontradik berlaku apabila tindakan tidak sehaluan dengan emosi dalaman. kontradik ini sungguh mneyakitkan dan mencederakan emosi.tiada siapa yang menang bila kontradik emosi berlaku.tiada siapa yang kalah. ini kekejaman sementara yang dilakukan untuk memanusiakan hati. paling sakit. mungkin ada mata yang melihat sebagai kekejaman dan ketidaksempurnaan. kata kawanku...jangan difikirkan apa pandangan orang.bagaimana kita di mata orang pada masa itu. terpulang, kerana orang itu juga mungkin tidak sempurna. kita hanya insan biasa yang punyai kelemahan, daif dan kerdil di sisi Pencipta yang Agung, Allah. aku sudah berjauh hati. aku tidak mahu memikirkan hal orang lain lagi. aku perlu mengorak langkah. aku harus sedar aku harus melangkah dengan yakin bukan ego. aku makin berjauh hati bila aku rasa aku tidak dihargai, tidak difahami pada hal adakalanya akulah yang memahami. aku tidak difahami itu yang menyakitkan aku. aku tidak mengongkong.aku tidak menyekat. aku cuma mahu aku difahami sebagaimana aku memahami dan memaknai dan menghargai situasi, sifat, sekitaran dan masa.aku melihat bahawa aku tidak difahami sehingga objek yang kulihat seperti bayangan fatamorgana. mulai sekarang aku harus berhati-hati.aku harus memikirkan emosi.aku tidak mahu emosiku ditindasi dengan ganas dan kejam.


 LUAHAN EMOSI PARA SASTERAWAN-KENANGAN DI HANKUK KOREA.





No comments:

Post a Comment