Saturday 9 May 2015

Rintih Bahasa-SLiK2015



Sajak yang dicipta sempena SLiK 2015-DBP KL & UKM & PLM



Profesor Emeritus Datuk Nik Safiah Karim…meluahkan kerisauan terhadap fenomena kemerosotan suasana akademik, kemerosotan ilmu, keghairahan terhadap ilmu amat menyedihkan. Bercadang mngembalikan kegemilangan bahasa suatu masa dahulu. PERSPEKTIF  PADA  MASA INI MNAKUTKAN KERANA SIKAP  KECINTAAN TERHADAP BHS MELAYU MASIH TIPIS. Masyarakat kita lebih mengagungkan bahasa Inggeris.


Profesor Dr Nor Hashimah  Jalaludin
Sikap masyarakat menyebabkan  kesukaran menaikkan taraf  bahasa Melayu di bumi sendiri.
Seruan-terus mmbuatkan penyelidikan kerana bahasa Melayu  banyak nilai dan ranah yang berpotensi untuk  diteroka. Beliau mencadangkan agar pengajian Mlayu bersatu /bergabung dua tahun sekali- UKM/UPM/UM/-berkumpul buat sminar kebangsaan dengan DBP.



Foto bunga ros Sania Walchee FB-sekadar hiasan





Rintih Bahasa
(Secebis kenangan sempena SLiK 2015 Dewan Bahasa Pustaka KL)

Aku pernah berdiri teguh
Aku pernah gemilang
Aku pernah dijulang
Di persada dunia
Karismaku teruji
Namaku mewangi
Fungsiku melebar
Mengakar ke bumi menjulang ke langit

Aku mampu
Memprojeksi citra manusia
Menyingkap wajah manusia
Memanipulasi fakta
Menelaah isi alam
Membongkar yang tenggelam
Mengekspresi emosi
Melantunkan diksi
Mengungkap bicara
Memuntah rasa
Merepresentasi diri
Menggeledah dunia intelek
Mengayakan khazanah ilmu

TETAPI ..
MENGAPA?
Hari ini aku seperti menongkah arus ganas buas
Bak gelora ombak tsunami
Dihenyak arus globalisasi
Dicakar tangan-tangan kasar
Dicantas tangan-tangan tajam
Ditusuk onak duri
Karismaku diperkotak katik
Wibawaku diperlekeh
Hingga aku tenggelam timbul di dasar tak bertepi
Terumbang-ambing di persada bumi

Aku sudah gah menjadi bahasa rasmi
Letak pasakku termaktub dalam perlembagaan
Aku pernah dibanggai bumi asing
Tapi Mengapa?
Aku lemas di anak tiri
Aku mengemis meminta itu ini
Aku merintih di bumi sendiri …

Pintaku …
Aku harus diperkasa
Aku wajar direkayasa
Aku harus diteroka
Aku mesti digemilangkan
Seperti suatu masa dahulu
Pasti ku buktikan
Aku mampu menjulang namaku.


(Chiakisarb)
Kuala Lumpur
(sajak ini telah dihantar ke majalah Pelita Bahasa) 

No comments:

Post a Comment