Sunday 4 January 2015

Hikayat Bunga Ros..

Hari ku hari ini diseri dan diceriakan oleh kiriman sekuntum bunga ros berwarna pink melalui whatsapp...tapi aku lebih suka menyebut warna merah jambu sebab lebih romantis bunyinya. Sekuntum bunga ros dititipkan oleh sahabatku Sania Walchee hasil buah tangannya yang sedang mekar. Chantek sekali si merah jambu yang sedang mekar segar di jambangannya. Ros merah jambu lebih lembut warnanya dengan lambang atau simbol kasih sayang. Kiriman ini mengindah dan menceriakan hariku...

Inilah si ros merah jambu yang ku terima lewat wsap pagi tadi
Terima kasih...Sania.
 Cerita Tentang Ros
Bunga yang diminati wanita termasuklah aku dan pasti wanita lain juga, apatah lagi si penanam bunga ros sahabatku....Puan Sania Walchee. Bunga ros dianggap sebagai simbol kasih sayang, malahan menjadi hadiah bagi menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada sesiapa sahaja. Kata 'ros' dipinjam daripada bahasa Inggeris, iaitu "rose"  dan disesuaikan ejaannya menjadi ros dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kata "rose" sebenarnya berasal daripada bahasa Latin, iaitu "rosa". Terdapat 100 jenis  spesis bunga ros. Bentuk dan saiz bunga ros pelbagai, ada kecil ada besar. Warna pula bervariasi, ada putih, merah, pink dan kuning. Bunga ros merupakan  bunga kebangsaan di negara seperti Amerika Syarikat, England, Iraq dan Bulgaria (sumber :DB keluaran Nov, 2014). 

Peringkat Kelopak  Bunga Ros Mekar
Bunga ros yang mengeluarkan bunga memerlukan masa untuk mekar dan berkembang. Apabila sudah berkembang, memang mengasyikkan jiwa. Sahabatku Nia berkongsi cerita lewat wsapp tentang peringkat ros yang ditanamnya mengeluarkan bunga sehingga berkembang. Bunga ros bukanlah sejenis bunga yang mudah ditanam kerana memerlukan penjagaan, penelitian dan pemeliharaan yang rapi. Kejayaan menanam bunga ini memaknakan seseorang yang beraura dan berperibadi kuat. Tahniah sahabatku Nia...
Di bawah merupakan peringkat sekuntum ros mekar dan berkembang...


Bermula dengan peringkat pengeluaran kudup, langsung tidak nampak kuntumannya

Kudup memperlihatkan pengembangan, sedikit pecah kudup yang awal tadi
sehingga sudah nampak cahaya merah jambu

Kudup yang sudah pecah mula menampakkan kuntuman ros tapi belum mekar sepenuhnya,
Aku sangat2 suka peringkat ini..hehee


Kuntuman ros semakin mekar dan menampakkan kuntumannya yang segar

Akhirnya ros akan mekar dan berkembang sepenuhnya...chantek sekali
Si merah jambu yang sweet, fresh n romantis

Selepas 11 hari ros mula menampakkan kepudaran di makan masa
namun masih tetap menawan


Ros/Mawar Merah
Sahabatku ini turut berkongsi riwayat ros merahnya yang sudah berbunga, ros merah yang menjelma lebih awal daripada si merah jambu. Ros merah nampaknya lebih gagah dengan panorama warna tersendiri. Foto visual ros merah ini ku dapatkan daripada facebook sahabatku Nia. Keterujaannya dapat dirasai apabila melihat usahanya menjadi realiti.

Kudupnya yang masih tertutup

Kudup yang sudah pecah dan menampakkan jalur2 kuntuman- indah nian

Semakin menyerlah kuntumannya

Mekar dengan gagah dan bertenaga, segagah warnanya warna darah


Warna hidup yang mekar, segar dan membugar apalagi ada titisan embun di kelopaknya
Beginilah keadaan ros selepas 11 hari, pudar dimakan masa-lumrah alam

Foto daripada facebook empunya ros
Ros atau mawar merah ini sinonim dengan warna darah dan hati. Warna ini melambangkan kekuatan semangat, lebih bertenaga dan optimis. Penggemar warna merah hati seorang yang bersemangat dan bertenaga, namun ada implikasinya, iaitu kebencian. Apa2 pun kita harus mengutamakan aspek yang positif dalam kehidupan. Apa2 pun bunga ros tetap cantik menawan membuat hati tertawan.

No comments:

Post a Comment