Friday 21 November 2014

Wanita hebat yang aku kenali

Wanita ini ku panggil bonda dalam blog ini....kerana sewaktu ketika dahulu sudah menjadi tradisi keluarga apabila mengirim surat, maka inilah bahasa persuratannya. Lagipun kata panggilan bonda lebih berseni dan tinggi martabatnya. Bondaku sudah dua kali menjejakkan kakinya di Tanah Suci, syukur kepada Allah kerana memberi kesihatan yang baik kepadanya. Kali pertama dengan kekasih hatinya, ayahandaku pada tahun 1999 ..menunaikan haji dan Jun 2011 ..menunaikan umrah dengan ditemani kekanda dan kawannya. Aku berasa bondaku wanita yang paling hebat dan teman yang setia lagi sejati. Kenapa?  Hari-hari yang kulalui bersama-sama dengannya menjadikan aku lebih istimewa, remaja, keanak-anakan, dewasa dan tahu berjuang dalam kehidupan. Wanita ini penuh kelembutan tetapi kata-katanya menyusup ke jantung sehingga membawa kedamaian dan kerasionalan. Wanita ini sangat-sangat penting dalam hidupku. Semangatnya yang hebat dalam melakukan sesuatu menghebatkan orang-orang yang terdekat dengannya supaya menghargai sesuatu yang kita ada. Wanita ini walau tidak berpelajaran tapi amat mementingkan pendidikan dan mampu melahirkan anak-anak yang bertanggungjawab dengan KEHIDUPAN. Selebihnya biarlah menjadi rahsia. Aku mohon kepada Allah agar memanjangkan usianya dan mensejahterakannya supaya aku sentiasa dapat memandang wajahnya,  berdiskusi dengannya, menyudukan air ke mulutnya, menyapu bedak ke mukanya dan mengurut sakit sendinya.
Kenangan Bondaku dan Kekandaku yang sulung  menunaikan Umrah-Jun 2011..bilakah aku dapat menjejakkan kaki di sini???

Kenangan dengan kawannya-Anggur



Bonda dan kekandaku


No comments:

Post a Comment