Friday 28 November 2014

Seapsil3-Seminar Psikolinguistik 3 Anjuran UPM dan PPM pada 26 & 27 November 2014

Seapsil3 telah berlangsung pada 26 dan 27 November 2014 di Grand Maghretta Kuching. Aku salah seorang peserta  dan pemakalah dalam seminar ini. Rakan seperjuangan yang turut menyertai seminar ini ialah Arina Johari, Choo Min Sung (Korea) dan Awg Kasmurie. Seminar ini telah menjadi saluran bagi kami berkongsi ilmu dan pengalaman selain mencapahkan ilmu yang ada. Para pemakalah terdiri daripada ahli akademik dan sarjana-sarjana daripada Malaysia, Indonesia dan Brunei. Para ilmuan telah berdiskusi dengan mengupas dan menghurai hasil penelitian yang telah dilakukan sebagai alternatif perkongsian ilmu dalam melestarikan budaya ilmu. Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak dalam ucapan sekapur sirehnya, menyeru agar seminar ini dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai kaedah melestarikan psikolinguistik dalam masyarakat selain menegaskan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam mengungkapkan pemikiran dan gagasan intelektual. Profesor Dato' Dr Mohd Fauzi Ramlan pula menyifatkan seminar sebagai landasan untuk meneroka ruang yang lebih lumayan, mempergiat penyelidikan dan memprakarsakan usaha yang lebih mantap ke arah pembudayaan budi bahasa. Prof Madya Dr Abdul Mua'ti pula mengetengahkan keperkasaan seminar ini sebagai ruang untuk menampilkan teori yang mampan dan amalan yang berkesan untuk pembentukan nilai budi.






Kenangan -Arina & Ernawati

Kenangan  bersama-sama dengan Dr Zaitul Azma-UPM pada hari pertama seapsil3.

Datuk Fatimah Abdullah merasmikan seapsil3
Choo Min Sung- peserta seminar seapsil3


Selesai membentang -menerima sijil daripada Prof Madya Dr Aina Dani

Rakan-rakan seminar-Arina, Ernawati Atan & Awg

No comments:

Post a Comment